Wednesday, December 15, 2010

Metabolisme

Metabolisme merupakan satu tindak balas kimia yang berlaku dalam semua sel hidup. Proses metabolisme merupakan asas kepada kehidupan, dimana tindak balas inilah yang membolehkan sel membesar dan membiak, mengekalkan struktur mereka dan membalas terhadap persekitaran mereka. 

Metabolisme dibahagikan kepada dua jenis.  

  • Katabolisme iaitu tindak balas yang dapat menghasilkan tenaga, seperti pemecahan makanan dalam repirasi sel

  • Anabolisme iaitu tindak balas yang menggunakan tenaga untuk membentuk komponen sel seperti protein dan asid nukleik.